Wednesday, July 29, 2009

UPSI Ditutup H1N1

Rakan2 Kuliah,
Pastinya rakan2 telah menerima SMS / Email / baca akhbar tentang UPSI ditutup sehingga minggu depan kerana beberapa kes H1N1 telah dikesan. Saya telah dihubungi oleh Dr Khuan memaklumkan keadaan tersebut. Bagi kuliah Prof Dr Jumaat dan Hj Nazirmuddin yang telah sedia batal sudah pasti tiada kuliah. Saya juga telah menghubungi Dr Raheem dan dimaklumkan bahawa kuliahnya juga batal. Bagi rakan2 yang tidak terlibat dengan kuliah pensyarah seperti yang saya nyatakan, sila hubungi pensyarah berkenaan untuk kepastian.

Terima kasih.

Sunday, July 26, 2009

Kuliah Batal

Kuliah-kuliah berikut adalah dibatalkan :

1. UKP6013 - Kaedah Penyelidikan - Prof. Dr. Abdul Jumaat

2. PPP6013 - Kepimpinan Pendidikan - Tn Hj Nazirmuddin

Kuliah-kuliah lain berjalan seperti jadual. Sila ambil maklum.

Wednesday, July 15, 2009

Nota Kuliah Pengurusan Kualiti - Dr. Abd Raheem

Rakan2 kuliah Pengurusan Kualiti,
Setakat ini tiada makluman rasmi bahawa kuliah pada hari Sabtu akan diadakan seperti jadual dan kita anggap kuliah itu batal kecuali jika Dr Abd Raheem menyatakan bahawa beliau tidak jadi pergi ke Ipoh dan kuliah akan dijalankan mengikut jadual. Diharap rakan2 sentiasa peka dengan makluman atau menghubungi saya secepat mungkin.
Nota telah saya uruskan fotostatnya. Bagi mengelakkan rakan2 tidak dapat nota tersebut jika kuliah tiada, sila ambilnya pada saya seperti keterangan berikut :

1. Jumaat (17 Julai 2009) sebelum 3.00 petang atau selepas 6.00 petang di bilik kuliah Taman U 29 kerana saya ada kuliah Kaedah Penyelidikan bersama Prof Dr Abd Jumaat.

ATAU

2. Jumaat (17 Julai 2009) sebelum 8.00 malam atau selepas 11.00 malam di Tadahan Selatan 8B kerana saya ada kuliah Kepimpinan Pendidikan bersama Tn Hj Nazirmuddin.

Sekian, terima kasih.

Saturday, July 11, 2009

Nota UKP6013 - Prof Dr Abd Jumaat

Kepada rakan2 sekelas kuliah Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan yang dibawah Prof Dr Abd Jumaat bolehlah download nota dengan klik hyperlink di bawah :

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Excel and Business Research
Web Surveyor for BRM

Jika ada apa2 masalah dalam download, sila respon melalui komen. Terima kasih.

Saturday, July 4, 2009

Nota Kepimpinan Pendidikan

Rakan2,

Nota Kepimpinan Pendidikan boleh ditempah di Photo Ekspress seperti yang ditetapkan. Master copy ada dan kedai masih belum buat. Kedai akan buat apabila rakan2 menempah. Komponen yang telah ditetapkan ialah :

1. RI
2. Nota Followership utk perbincangan kuliah pada 10 Julai 2009
3. Buku Kepimpinan Pendidikan
4. Buku Koleksi Jurnal

Kesemuanya melibatkan kos hampir RM13.00 dan jika perlukan dengan binding tape maka kos akan bertambah sedikit. Ada beberapa orang telahpun mengambil tempahan mereka pada hari ini. Terima kasih.