Sunday, November 8, 2009

Semester 2

Salam Rakan2,

Menurut IPS, semester akan bermula pada 14 Disember 2009. Kita boleh mula membuat pembayaran yuran sebanyak RM1195 ke dalam akaun Bank Islam dan dalam tempoh 24 jam baru kita boleh mula mendaftar kursus.
Kuliah pertama akan bermula pada 18 Disember 2009 berdasarkan subjek yang kita ambil. Sila rujuk cadangan subjek yang diberikan oleh Fakulti Perniagaan dan Ekonomi sewaktu pendaftaran pada bulan Jun lalu.

Sekian, terima kasih.

Sunday, October 11, 2009

Exam Tamat dan Selamat Bercuti

Salam,
Perjuangan semester pertama telahpun tamat kecuali bagi mereka yang ada satu dua perkara yang perlu diselesaikan. Makluman menyatakan kita akan bercuti selama dua bulan iaitu mendaftar kembali pada bulan Disember nanti. Oleh itu diucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua rakan2.

Thursday, October 8, 2009

Exam Schedule

9 Oktober 2009 (Jumaat)

8.00 hingga 11.00 malam - Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan


11 Oktober 2009 (Ahad)

9.00 hingga 12.00 tengah hari - Kepimpinan Pendidikan


Selamat Menjawab Soalan

Monday, September 28, 2009

Kuliah Prof Jumaat

Prof Jumaat ada menelefon saya bahawa kuliah gantinya yang dicadangkan pada 4 Okt akan dipinda pada 3 Okt jam 3 hingga 6 petang (mungkin ada rakan2 kita yang ada kuliah jam 11 hingga 2 ptg) bertempat di Taman U 1.

Presentation yang dicadangkan untuk setiap kumpulan tak perlu dibuat kerana kuliah pada 3 Okt tu akan membincangkan dan berfokus kepada peperiksaan akhir dan Prof amat berharap semua WAJIB hadir.

Kuliah2 lain iaitu Tn Hj Nazirmuddin dan Dr Rahman pada 2 Okt jam 8-11 malam berjalan seperti jadual dan begitu juga kuliah Dr Raheem pada 3 Okt jam 8-11 pagi.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

Thursday, September 24, 2009

Kuliah Hj Nazirmuddin Pada 25 September 2009 DIBATALKAN

Untuk makluman semua,

Kuliah Kepimpinan Pendidikan Tn Hj Nazirmuddin yang dijadualkan pada 25 September 2009 jam 8 malam telah DIBATALKAN.

Setakat ini kuliah Dr Abd Raheem masih seperti yang dijadualkan iaitu pada 26 September 2009 jam 8 pagi.

Terima kasih.

Monday, September 14, 2009

Kuliah Pada 18 dan 19 September 2009 Dibatalkan

Menurut pensyarah yang berkenaan iaitu Prof Dr Abd Jumaat, Tn Hj Nazirmuddin dan Dr Abd Raheem, kuliah mereka pada 18 dan 19 September 2009 adalah dibatalkan.
Sekian untuk makluman. Terima kasih.

Friday, September 11, 2009

Powerpoint Presentation Hj Nazirmuddin

Rakan2,
Sila download dari hyperlink di bawah :

1. Kumpulan 1 - Gaya Kepimpinan

2. Kumpulan 2 - Model-model Kepimpinan

3. Kumpulan 3 - Cabaran Kepimpinan Era Globalisasi

4. Kumpulan 4 - Sekolah Bestari

(a) Slot A

(b) Slot C

(c) Slot E

(d) Slot F

(e) Slot G

5. Kumpulan 5 - Cabaran-cabaran Kepimpinan

6. Kumpulan 6 - Gaya Kepimpinan Wanita